Close

Huawei Watch GT 4 – Apa yang menarik?

Huawei secara rasmi telahpun melancarkan generasi baharu jam tangan pintar mereka iaitu Huawei Watch GT 4. Hadir dalam dua pilihan saiz dan rekaan iaitu 41mm dengan rekaan seperti loket dan 46mm dengan rekaan seperti oktogon. 


Watch GT 4 tampil dengan pelbagai peningkatan seperti spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang lebih menarik berbanding dari model sebelumnya.

Tidak seperti pada model sebelumnya, Watch GT 4 kini hadir dengan rekaan yang lebih menarik yang boleh disesuaikan oleh pengguna. Untuk rekaan jenis oktogon bersaiz 46mm dilihat lebih maskulin dan sesuai untuk dipadankan pada pelbagai keadaan. Manakala, rekaan jenis loket bersaiz 41mm dilihat lebih feminin.

Sekiranya diberi pilihan, kami lebih memilih rekaan jenis okotogon berbanding rekaan loket. Kerana kami rasakan ia lebih menonjol dalam masa tampak lebih kemas dan menarik. Namun begitu, rekaan jenis loket juga menarik jika kena dengan gayanya.

Kedua-dua varian menggunakan skrin jenis AMOLED dengan resolusi 466 x 466 yang turut menyokong fungsi Always On Display (AOD). Namun, ia hadir dengan saiz skrin yang berbeza iaitu 1.32-inci untuk 41mm dan 14.3-inci untuk 46mm. Dari segi binaan, ia menggunakan binaan dari Stainless Steel.



Dari segi kawalan, terdapat dua butang pada Watch GT 4 yang diletakkan di sebelah kanan. Satu daripadanya adalah butang digital crown yang boleh diputar, digunakan untuk menatal dan mengakses. Manakala, satu lagi butang adalah butang pintasan yang boleh diubah suai untuk meletakkan pelbagai fungsi yang boleh diakses dengan hanya sekali tekan.


Untuk kecergesan dan kesihatan, Watch GT 4 hadir dengan teknologi TruSeen 5.5+ yang dipertingkat dengan algotritma baharu untuk memberikan bacaan kesihatan yang lebih tepat dan terperinci. Selain itu, ia turut menyokong TruSleep 3.0 baharu untuk pemantauan tidur yang lebih baik dan Menstrual Cycle Management 3.0 untuk bacaan kitaran haid yang lebih tepat.

Watch GT 4 ini menjalankan HarmonyOS 4.0 dan mampu mengesan lebih dari 100 sukan secara automatik termasuklah e-sukan. Huawei turut memperkenalkan fungsi Stay Fit baharu yang membantu pengguna dalam pengambilan kalori. Jam tangan pintar ini turut menyokong intergrasi dengan aplikasi seperti Komoot, Strava dan Runtastic.

Fungsi lain yang turut dibawakan adalah seperti menyokong sambungan untuk peranti Android dan iOS, panggilan telefon melalui Bluetooth, penarafan IP68, NFC, GPS dan mempunyai lebih dari 25,000 muka jam.


Dari segi ketahanan bateri, untuk 46mm ia menggunakan bateri 524mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan maksimum, 8 hari untuk penggunaan biasa dan 4 hari pengunaan dengan fungsi AOD. Manakala untuk 41mm, ia menggunakan bateri 323mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari penggunaan maksimum, 4 hari untuk penggunaan biasa dan 2 hari pengunaan dengan fungsi AOD.

Selain itu, Watch GT 4 ditawarkan dalam 7 pilihan warna secara keseluruhan. Untuk 46mm ia tampil dengan 4 pilihan warna iaitu Black, Brown, Green dan Grey. Manakala untuk 41mm ia tampil dengan 3 pilihan warna iaitu White, Silver dan Black. Dengan pilihan warna yang banyak ia memberikan pengguna lebih banyak pilihan berbanding jam tangan pintar lain.

ARTIKEL BERKAITAN