Indonesia hari ini mengumumkan pengharamkan transaksi e-dagang melalui platform media sosial. Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Perdagangan Indonesia .
Langkah tersebut diambil bertujuan untuk melindungi peniaga luar talian dan juga perusahaan kecil atau sederhana daripada terus terjejas berikutan aktiviti jual-beli melalui platform media sosial seperti TikTok Shop dan lain-lain.
Larangan ini juga bagi memastikan persaingan perniagaan menjadi lebih adil dalam masa yang sama melindungi data pengguna. Selain itu, kerajaan Indonesia turut memberikan amaran kepada semua platform media sosial, bank atau mana-mana perniagaan supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform e-dagang.
Dalam pada itu, kerajaan Indonesia turut mengumumkan peraturan yang mewajibkan platform e-dagang untuk menetapkan harga minimum $100 (RM470) pada barangan yang dibeli secara terus dari luar Indonesia.
Berikutan dari larangan ini, TikTok dijangka akan menerima kesan paling besar. Selain itu, TikTok diberi tempoh seminggu untuk mematuhi peraturan atau akan dikenakan tindakan penutupan.