Close

Huawei Mate X3 kini ditawarkan dengan harga lebih murah RM7288

Huawei Malaysia telah mengemas kini harga jualan untuk peranti boleh-lipat mereka iaitu Mate X3. Menjadikan harga jualan ia kini lebih rendah iaitu RM7288 berbanding harga jualan sewaktu ia dilancarkan iaitu RM8888.


Untuk spesifikasi, Huawei Mate X3 dilengkapi dengan teknologi skrin Huawei X-True dengan skrin luar bersaiz 6.4-inci OLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci OLED LTPO 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan storan dalaman sehingga 1TB. Bateri 4800mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan 50W pengecasan tanpa wayar.


Selain itu, Mate X3 adalah lebih ringan dan lebih nipis dengan berat hanya 236 gram dan tebal hanya 5.3 mm. Yang mana, ia lebih ringan dari Samsung Galaxy Z Fold4 dengan berat 263 gram. Ia juga menyokong penarafan IPX8 dan menjalankan Harmony OS 3.1.


Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP OIS RYYB + 13MP ultra sudut lebar + 12MP telefoto dengan kemampuan zum optikal sehingga 5X. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP yang diletakkan pada bahagian luar dan dalam.

ARTIKEL BERKAITAN