Close

Rekaan Samsung Galaxy S24 tertiris

Samsung ketika ini dikatakan dalam proses pembangunan untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Galaxy S24. Seperti model sebelumnya, Galaxy S24 dijangka akan turut ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra.


Goood Mooorning #FutureSquad! 😏

Guess who brings you the very first and very early look at the highly anticipated #Samsung #GalaxyS24 ?!… (360° video + stunning 5K renders + dimensions)

This exclusive comes on behalf of @Smartprix 👉🏻 https://t.co/tNY66Rnill pic.twitter.com/1nY6ufkJ5H

— Steve H.McFly (@OnLeaks) September 29, 2023

Terbaru, terdapat laporan telah mendedahkan rekaan yang didakwa sebagai Galaxy S24. Melalui imej rekaan yang dikongsi, memperlihatkan yang Galaxy S24 akan hadir dengan rekaan bingkai jenis berkotak dengan rekaan sisi dan skrin jenis rata.

Turut dapat dilihat rekaan panel belakang yang masih menggunakan rekaan sama floating camera seperti model sebelumnya. Cuma, dibezakan dengan kedudukan flash LED yang sedikit ke bawah.

Secara keseluruhan, rekaan yang digunakan pada Galaxy S24 dilihat sama seperti Galaxy S23. Namun begitu, Galaxy S24 dikatakan akan menggunakan bahan binaan baharu iaitu titanium yang lebih ringan dan lebih tahan lasak. 



Selain itu, Galaxy S24 dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Samsung turut dijangka akan hadir dengan sensor kamera 50MP baharu yang menawarkan kemampuan 5x zum optik.



Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana tarikh pelancarannya masih lagi panjang. Mungkin akan ada perubahan dari segi spesifikasi dan rekaan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN