Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Google akan mengumumkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Pixel 8 yang akan dilancarkan pada 4 Oktober 2023.
Spotted in the wild. Who else is excited? #Pixel8 pic.twitter.com/xpXkY0biPQ
— PBK (@PBKreviews) September 30, 2023
Terbaru, kotak jualan untuk Google Pixel 8 telahpun tertiris. Sekaligus, memberikan gambaran penuh mengenai peranti tersebut. Pada bahagian hadapan kotak jualan tersebut, memperlihatkan rekaan Pixel 8 dari bahagian belakang yang menggunakan tetapan dwi-kamera belakang bersama flash LED. Turut dapat dilihat butang kuasa dan butang suara yang diletakkan pada bahagian sisi kanan peranti.
Pada bahagian belakang kotak pula, ia memperlihatkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi Pixel 8 seperti skrin 6.2″, storan dalaman 128BG, warna peranti Hazel dan sambungan 5G sub-6. Selain itu, ia turut dapat diihat kod model untuk Pixel 8 iaitu G9BQD dan label mengenai kandungan dalam kotak jualan.
Malangnya, tiada maklumat yang terperinci mengenai Pixel 8 yang didedahkan. Maklumat terperinci hanya akan diketahui pada acara pelancarannya yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Seperti, sama-sama kita nantikan.