Sebelum ini, terdapat beberapa pengguna iPhone 15 Pro melaporkan yang peranti mereka menghadapi masalah kepanasan yang luar biasa. Berikutan dari itu, terdapat beberapa laporan menyatakan yang ia berpunca dari bahan binaan baharu yang digunakan pada iPhone 15 Pro.
Terbaru, Apple telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan masalah tersebut. Menurut Apple, masalah tersebut bukan berpunca dari perkakasan atau binaan titanium sebaliknya ia berpunca dari masalah pepijat.
Masalah kepanasan tersebutkan dikatakan berpunca dari penggunaan peringkat awal yang luar biasa pada sistem operasi yang menjalankan proses restore serta penggunaan aplikasi pada latar belakang yang lebih tinggi.
Selain itu, kemas kini dari aplikasi pihak ketiga turut menjadi salah satu punca sistem operasi terpaksa bekerja lebih tinggi dari kebiasaan. Apple telahpun mengenal pasti masalah tersebut dan akan memberikan kemas kini dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam masa yang sama, Apple menyatakan kemas kini tersebut tidak akan mengurangkan pretasi cip A17 Pro dan masalah tersebut tidak akan memberi kesan jangka jangka panjang pada pretasi iPhone 15 Pro.