Tidak dinafikan, pada ketika ini terdapat banyak pengeluar yang menawarkan telefon dengan spesifikasi yang padu dan juga fungsi yang menarik. Jadi, tidak hairanlah sekiranya pengguna sukar untuk membuat keputusan dalam pembelian telefon baharu.
Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 5 fon terbaik bawah RM600 yang boleh dibeli di Malaysia.
OPPO A38
Baharu sahaja dilancarkan pada bulan lalu, memfokuskan kepada kemampuan kamera yang lebih baik dengan keupayaan AI. Hadir dengan skrin LCD HD+ bersaiz 6.56-inci 90Hz dengan kecerahan puncak 720 nits. Dikuasakan dengan cip Helio G85 yang digabungkan dengan 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB eMMC 5.1.
Dimuatkan dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 33W. Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP AI + 2MP kedalaman. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 5MP.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah penarafan IP54, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan ColorOS 13.1 yang berasaskan Android 13.
OPPO A38 dijual pada harga RM599 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glowing Black dan Glowing Gold.
Infinix Hot 30
Peranti yang sesuai kepada pengguna yang memfokuskan kepada permainan. Infinix Hot 30 dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.78-inci dengan paparan 90Hz. Dijana dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W.
Dilengkapi dengan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + Lensa AI. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti NFC, Bluetooh 5.1, pembesar suara jenis stereo, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.
Infinix Hot 30 dijual pada harga RM599 untuk 8GB + 128GB dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Racing Black, Surfing Green, Sonic White.
Redmi 12
Redmi 12 boleh dikatakan sebagai peranti yang mempunyai pakej yang lengkap dari segi rekaan, binaan dan spesifikasi. Hadir dengan skrin FHD+ bersaiz 6.7-inci dengan paparan 90Hz. Dijana dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalam sehingga 256GB.
Dari segi fotografi, peranti ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Spesifikasi menarik pada peranti ini adalah bicu audio 3.5mm, panel belakang jenis kaca, penarafan IP53, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan IR Blaster.
Redmi 12 dijual pada harga RM599 untuk 4GB + 128GB dan RM699 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Polar Silver dan Sky Blue.
realme C53
Berbeza dengan peranti sama kelas dengannya, realme C53 tampil dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule. Fungsi ini membolehkan ia memaparkan pelbagai informasi seperti notifikasi,status bateri, jarak berjalan kaki dan sebagainya.
Dari segi spesifikasi, realme C53 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.74-inci dengan paparan 90Hz. Dijana dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan 6GB RAM LPDDR4X dan storan 128GB. Menggunakan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan SuperVOOC 33W.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP potret. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 8MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengecasan USB-C, Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan realme UI versi T berasaskan Android 13.
realme C53 dijual pada harga RM599 untuk 6GB + 128GB, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.
vivo Y17s
Peranti ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia, hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.56-inci dengan paparan standard 60Hz. Dijana dengan cip Helio G85 yang dipadankan dengan 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapa dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan 15W. Spesifikasi menarik pada peranti ini adalah bicu audio 3.5mm, kalis air IP54, Bluetooth 5.3 dan port pengecasan USB-C.
vivo Y17s dijual pada harga RM599 untuk 6GB + 128GB, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Forest Green dan Glitter Purple.