Close

Huawei MatePad 11.5″ PaperMatte Edition kini rasmi di Malaysia dengan harga RM2299

Huawei Malaysia menambah penawaran untuk segmen tablet mereka dengan memperkenalkan model baharu iaitu MatePad 11.5″ PaperMatte Edition. Berbeza dengan tablet yang ada dipasaran, tablet ini menggunakan skrin jenis matte yang dipanggil sebagai PaperMatte yang menggurangkan masalah silau pada skrin.

MatePad 11.5″ PaperMatte Edition ini dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 11.5-inci dengan paparan 120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong fungsi Colour eBook Mode dan mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light.


Dijana dengan cip Snapdragon 870 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Dimuatkan dengan bateri 7700mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan swafoto 8MP.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti 4 pembesar suara, port pengecasan USB-C, Bluetooth 5.1, Huawei Histen 8.0, menyokong M-Pencil dan menjalankan HarmonyOS 3.1. 

Di Malaysia, MatePad 11.5″ PaperMatte Edition ditawarkan pada harga RM2299 untuk 8GB + 128GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula hari ini. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1496.

ARTIKEL BERKAITAN