Close

Huawei Watch GT 4 kini rasmi d Malaysia dengan harga bermula RM1099

Huawei telah memperkenalkan jam tangan pintar baharu bagi menggantikan model semasa iaitu Watch GT 4. Hadir dalam dua pilihan saiz dan rekaan iaitu 41mm dengan rekaan seperti loket dan 46mm dengan rekaan seperti oktogon.


IMG_20230905_113005

Hadir dengan saiz skrin yang berbeza iaitu 1.32-inci untuk 41mm dan 14.3-inci untuk 46mm. Kedua-dua varian menggunakan skrin jenis AMOLED dan menyokong fungsi Always On Display (AOD). 


IMG_20230905_112436


Untuk kecergesan dan kesihatan, ia hadir dengan teknologi TruSeen 5.5+ yang dipertingkat dengan algotritma baharu untuk memberikan bacaan kesihatan yang lebih tepat dan terperinci. Selain itu, ia turut menyokong TruSleep 3.0 baharu untuk pemantauan tidur yang lebih baik dan juga Menstrual Cycle Management 3.0 untuk bacaan kitaran haid yang lebih tepat.


IMG_20230905_113049


Watch GT 4 ini mampu mengesan lebih dari 100 sukan secara automatik termasuklah e-sukan. Huawei turut memperkenalkan fungsi Stay Fit baharu yang membantu pengguna dalam pengambilan kalori. Jam tangan pintar ini turut menyokong intergrasi dengan aplikasi seperti Komoot, Strava dan Runtastic.


IMG_20230905_114049


Fungsi lain yang turut dibawakan adalah seperti menyokong sambungan untuk peranti Android dan iOS, panggilan telefon melalui Bluetooth, penarafan IP68, NFC, GPS dan mempunyai lebih dari 25,000 muka jam.





Dari segi ketahanan bateri, untuk 46mm ia menggunakan bateri 524mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari manakala, untuk 41mm pula menggunakan bateri 323mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari.



Bagi yang berminat, Huawei Watch GT 4 boleh dipra-tempah bermula hari ini. Setiap pra-tempahan berpeluang untuk memenangi Huawei Watch GT 4 secara percuma dan hadiah percuma yang bernilai RM580.

ARTIKEL BERKAITAN