Close

Huawei Watch Ultimate Design kini rasmi – Terhad 100 unit dengan harga RM13,999


Huawei Malaysia secara rasmi menambah penawaran untuk jam tangan pintar mereka melalui model Watch Ultimate Design. Merupakan jam tangan pintar dari Huawei yang menggunakan kemasan dari emas.

Huawei Watch Ultimate Design Hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 1.5-inci dengan resolusi 466 x 466 piksel. Dibina dengan beberapa bahan binaan berbeza yang merangkumi emas, kaca nilam, seramik dan Amorphous zirconium alloy yang 4.5 kali lebih kuat dan 2.5 kali lebih keras daripada stainless steel.



Dari segi ciri kesihatan dan kecergasan, peranti ini dimuatkan pelbagai ciri seperti Truseen 5.0+, pemantauan kadar degupan jantung, ECG, SpO2, pemantauan tidur, tahap stress harian dan menyokong lebih dari 100 mod sukan secara terbina. Bateri 530mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 14 hari yang turut menyokong pengecasan tanpa wayar yang boleh dicas penuh hanya dalam masa 60 minit.



Bahagian dalaman dan antaramuka turut menggunakan elemen emas untuk menjadikan jam tangan pintar ini lebih eksklusif. Selain itu, ia turut hadir dengan Adjustable Butterfly Clasp yang memudahkan pengguna untuk mengubah saiz tali jam.



Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada kedua-dua peranti adalah seperti NFC, Bluetooth 5.2, pembesar suara, mikrofon, penarafan 5 ATM, penarafan IP68 dan juga MIL-STD 810H.


Bagi yang berminat, Huawei Watch Ultimate Design ditawarkan di Malaysia dengan harga RM13,999. Terhad kepada 100 unit sahaja untuk pasaran Malaysia dan dijual menerusi kedai rasmi Huawei terpilih sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN