Samsung ketika ini dikatakan dalam proses pembangunan untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Galaxy S24. Seperti biasaan, siri Galaxy S24 dijangka akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra.
Terbaru, Samsung mungkin akan menawarkan dua pilihan cip untuk siri Galaxy S24 dan pilihan cip tersebut akan ditawarkan bergantung kepada pasaran tertentu. Untuk pasaran Korea Selatan dan Eropah, Galaxy S24 dan S24+ akan dijana dengan cip Exynos 2400. Manakala untuk Amerika Utara, ia akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.
Berbeza dengan Galaxy S24 Ultra, ia hanya akan tersedia dalam satu pilihan cip sahaja iaitu Snapdragon 8 Gen 3 dan akan tersedia untuk semua pasaran.
Cip Exynos 2400 dilaporkan akan menggunakan teknologi binaan baharu dari Samsung iaitu 4nm LPP+. Menjanjikan prestasi CPU 2 kali ganda lebih pantas dan prestasi AI 15 kali lebih laju berbanding Exynos 2200.
Manakala untuk cip Snapdragon 8 Gen 3, ia dijangka akan hadir dengan dua teknologi binaan 3nm dan 4nm dari TSMC. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan teknologi binaan yang akan digunakan pada siri Galaxy S24.