Close

Stesen pengecasan Tesla Supercharger kini tersedia di Johor

Tesla Malaysia secara rasmi mengumumkan pembukaan Tesla Supercharger di Johor, sekaligus menjadikan ia Tesla Superchager kedua di Malaysia. Stesen pengecasan ini terletak di Sunway Big Box, Johor.



Tesla Supercharger ini mempunyai 4 pengecas pantas V3 yang menyokong kelajuan sehingga 250 kW. Menurut Tesla, pengecasan pantas ini mampu memberikan jarak gerak sehingga 270 km untuk Model Y dengan tempoh pengecasan selama 15 minit.


Kadar caj pengecasan yang dikenakan adalah RM1.25 untuk setiap kWh. Selain itu, caj Idlee Fees turut dikenakan sebanyak RM4.00 seminit sekiranya pengguna membiarkan kereta elektrik selepas pengecasan selesai.

Tesla dijangka akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain. 

ARTIKEL BERKAITAN