Close

Windows 12 dijangka akan dilancarkan pada 2024

Dalam usaha menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada Windows 11, Microsoft sedia untuk membawakan pelbagai fungsi menarik melalui kemas kini 23H2 yang dijangka akan tersedia tidak lama lagi.
Selain akan membawakan kemas kini baharu pada Windows 11. Microsoft dilaporkan akan melancarkan sistem operasi baharu iaitu Windows 12 seawal tahun 2024. Berikutan dari itu, Microsoft dikatakan sedang dalam proses pembangunan sistem operasi baharu mereka yang akan memuatkan teknologi kecerdasan buatan yang lebih baik dan lebih maju.
 
Dalam satu temu bual di Persidangan Teknologi Citi 2023, eksekutif Intel menyatakan yang tahun 2024 akan menjadi lebih baik untuk pelanggan mereka dengan kemas kini “Windows refresh” yang merujuk kepada Windows 12. Selain itu, Intel turut optimis mengenai apa yang akan berlaku pada tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai Windows 12 yang didedahkan oleh Microsoft. Kita mungkin boleh menjangkakan perubahan ketara pada antara muka dan fungsi atau keupayaan yang lebih menarik akan dibawakan oleh Microsoft.

ARTIKEL BERKAITAN