Close

OnePlus Watch 2 mungkin akan dilancarkan pada 2024

Selepas melancarkan jam tangan pintar pertama pada tahun 2021 melalui model OnePlus Watch. OnePlus dijangka akan mengemas kini penawaran jam tangan pintar mereka dengan memperkenalkan OnePlus Watch 2.

Circles seem to be OnePlus new signature style:
Round OnePlus 11 Camera
Round OnePlus 12 Camera
Round OnePlus Pad Camera
Round OnePlus Open Camera

Round… Watch! đŸ˜‰ Coming 2024!

— Max Jambor (@MaxJmb) October 6, 2023

 

Menurut pakar tiris Max Jambor di platform X, OnePlus dijangka akan melancarkan OnePlus Watch 2 pada tahun depan. Beliau turut menyatakan, OnePlus Watch 2 akan menggunakan rekaan berbentuk bulat sama seperti mana model sebelumnya.

OnePlus Watch 2 dikatakan akan membawakan peningkatan yang lebih baik berbanding OnePlus Watch yang dilancarkan pada 2021. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakan peranti ini akan menjalankan sistem operasi Wear OS atau sebaliknya.

Malangnya, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada OnePlus Watch 2. 

ARTIKEL BERKAITAN