Close

Kerajaan akan menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan yang kerajaan akan menggunakan kenderaan elektrik (EV) sebagai kenderaan rasmi, pengumuman tersebut dibuat pada pembentangan Belanjawan 2024.

Langkah ini diambil sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon dalam masa yang sama menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perlaksanaan tersebut. Adakah melibatkan semua kenderaan kerajaan atau hanya tersedia untuk kerajaan persekutuan sahaja. 

Maklumat lebih lanjut mengenai perlaksanaan ini dijangka akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN