Close

Huawei Malaysia beri penghargaan untuk pemenang Sukan Asia 2022

Sukan Asia Hangzhou 2022 mencatatkan kenangan manis untuk pasukan Malaysia selepas berjaya mengutip 32 pingat secara keseluruhan, mengatasi sasaran awal iaitu 27 pingat.



Bersempena dengan kejayaan tersebut, Huawei Malaysia akan memberikan hadiah jam tangan terbaru mereka iaitu Huawei Watch GT 4 sebagai tanda penghargaan di atas kerja keras dan didekasi yang ditunjukkan.


Acara pemberian hadiah tersebut akan diadakan di Jelajah Huawei yang diadakan di Ground Floor East Court, IOI City Mall Putrajaya. Jelajah tersebut akan berlangsung dari 11 hingga 15 Oktober 2023.


Sekiranya anda berminat untuk menyaksikan dan memeriahkan acara ini, hadirkan diri pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 jam 2.00 petang. Acara tersebut akan dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan. Antara atlet yang akan hadir pada acara ini adalah Dato’ Pandelela Rinong (Terjun), Ng Yan Yee (Terjun) dan Tan Cheong Min (Wushu).

Lebih menarik, anda berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif percuma bernilai sehingga RM580 apabila membuat pra-tempahan Huawei Watch GT 4 dan rebat sehingga RM4400 untuk produk Huawei terpilih.

ARTIKEL BERKAITAN