Close

Threads menambah fungsi baharu “Edit” – Tersedia secara percuma untuk semua pengguna

Fungsi yang ditunggu-tuggu oleh kebanyakkan pengguna akhir tiba pada aplikasi Threads. Fungsi yang dimaksudkan adalah butang “Edit”, membolehkan pengguna untuk melakukan suntingan pada perkongsian yang dilakukan.

Namun begitu, fungsi ini hanya tersedia dalam tempoh 5 minit selepas perkongsian dimuat naik. Selepas tempoh tersebut, tiada lagi pilihan untuk menyunting perkongsian.

Tidak seperti X (Twitter) yang menawarkan fungsi “Edit” secara berbayar, Threads menawarkan fungsi ini secara percuma dan tersedia untuk semua pengguna. Fungsi ini telahpun diperkenalkan dan akan tersedia kepada semua pengguna secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN