Inifinix Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti kelas pertengahan mereka yang seterusnya iaitu Infinix Zero 30 5G yang akan berlangsung pada 2 November 2023. Peranti ini memfokuskan kepada keupayaan rakaman video swafoto untuk kegunaan vlogging.
Namun begitu, Infinix Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada Infinix Zero 30 5G. Sekiranya merujuk kepada beberapa maklumat, peranti ini akan dijana dengan cip Dimensity 8020 dan menggunakan skrin AMOLED dengan paparan 144Hz.
Peranti ini dijangka akan hadir dengan kamera hadapan sebesar 50MP yang menyokong rakaman video sehingga 4K 60fps. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 68W.
Seperti kebiasaan, maklumat penuh mengenai spesifikasi, penawaran harga dan ketersediaan hanya akan diketahui pada acara pelancarannya. Sama-sama kita nantikan.