Close

HONOR X9b 5G akan tiba di Malaysia pada 1 November 2023

HONOR Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti kelas pertengahan mereka yang seterusnya iaitu HONOR X9b 5G yang akan berlangsung pada 1 November 2023. Peranti ini memfokuskan kepada keupayaan yang lasak dan kukuh.


HONOR X9b 5G dilaporkan akan hadir dengan keupayaan yang lebih lasak melalui teknologi Ultra-Bounce Anti Drop baru yang digunakan. Teknologi ini dikatakan mempunyai tiga lapisan pelindungan yang turut melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman.


HONOR tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi peranti ini. Namun, peranti telahpun dilancarkan lebih awal di Arab Saudi. Sekiranya ditawarkan dengan spesifikasi yang sama, peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, skrin lengkung 120Hz, bateri 5800mAh dan kamera 108MP.


Peranti ini telahpun dibuka untuk pra-tempahan dengan deposit hanya RM9. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma sehingga RM978.

ARTIKEL BERKAITAN