Close

OnePlus dan OPPO akan guna skrin dengan kecerahan puncak 3000 nits


OnePlus dan OPPO dijangka akan mengumumkan teknologi skrin baharu pada 24 Oktober ini. Teknologi skrin baharu ini dibangunkan dengan kerjasama dari BOE.

Skrin baharu dari BOE ini dikatakan akan hadir dengan kecerahanan puncak yang paling tinggi dalam pasaran iaitu 3000 nits. Bukan itu sahaja, skrin ini turut dikatakan akan menyokong resolusi sehingga 1440p dan PWM dimming pada 2160Hz.

Pada ketika ini, siri Xiaomi 13T adalah peranti dengan kecerahan puncak paling tinggi dengan 2600 nits. Dikuti dengan OnePlus Open dan Pixel 8 Pro dengan kecerahan puncak 2400 nits.

Skrin baharu ini dikatakan akan digunakan pada OnePlus 12 dan juga pada peranti andalan OPPO yang akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN