Close

OPPO A18 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM499

OPPO Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan peranti kelas permulaan baharu untuk pasaran tempatan melalui OPPO A18. Tampil dengan rekaan dan spesifikasi menarik yang sesuai untuk kegunaan harian.

OPPO A18 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.56-inci HD+ yang turut menyokong paparan 90Hz dan kecerahan puncak sehingga 750 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh.


Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 8MP + 2MP dan swafoto 5MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP54, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan ColorOS 13.1.
OPPO A18 ini dijual pada hargam RM499 untuk 4GB + 128GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glowing Black dan Glowing Blue. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi OPPO Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN