Selepas diumumkan pada bulan lalu, permainan Resident Evil Vilage kini telah tersedia untuk dimuat turut oleh pengguna iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max. Sebelum ini, permainan ini hanya tersedia untuk konsol, PC dan penstriman melalui Cloud.

Namun begitu, permainan ini hanya menyokong peranti yang dijana dengan cip A17 Pro dan juga cip siri Apple M1 dan ke atas sahaja. Selain itu, permainan ini tidak menyokong kawalan melalui tetikus atau papan kekunci. Kawalan hanya boleh dibuat melalui skrin atau alat kawalan pihak ketiga seperti Playstation Dual Sense.
Bagi yang berminat, permainan ini boleh dimuat turut melalui App Store.