Close

Siri Samsung Galaxy S24 akan menyokong keupayaan komunikasi satelit

Sokongan komunikasi satelit pada telefon pintar bukanlah sesuatu yang baru. Fungsi ini membolehkan pengguna menghantar mesej kecemasan atau fungsi SOS tanpa memerlukan sebarang sambungan selular atau WiFi. Apple dan Huawei antara pengeluar yang telah menyertakan fungsi ini pada peranti mereka. 

Terbaru, Samsung dikatakan akan turut membawakan fungsi sokongan komunikasi satelit pada siri Galaxy S24 yang akan dilancarkan pada 2024. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Samsung System SLI Park Yong-in di acara SEDEX 2023.

Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai fungsi tersebut. Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Samsung telah berkerjasama dengan Iridium Communications untuk menyediakan keupayaan komunikasi satelit pada peranti siri Galaxy S23. Namun, perkara tersebut tidak berlaku. 

Sekiranya laporan ini tepat, siri Galaxy S24 akan menjadi peranti pertama dari Samsung yang hadir dengan sokongan komunikasi satelit.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN