Close

Yes kini menyokong eSIM, VoLTE dan FaceTime untuk iPhone XS dan ke atas

Syarikat Telekomunikasi Yes mengumumkan yang mereka kini menyokong semua model iPhone bermula dari iPhone XS dan ke atas. Sekaligus, membolehkan pengguna iPhone mendapatkan akses kepada beberapa fungsi yang tidak disokong sebelum ini.

Antara fungsi yang tidak disokong oleh Yes pada iPhone sebelum ini adalah seperti VoLTE, eSIM, FaceTime, Personal Hotspot dan WiFi Calling. Namun begitu, untuk mendapatkan akses ini pengguna perlu mengemas kini perisian kepada yang terkini iaitu iOS 17.1.

Untuk mula menikmati fungsi ini, kemaskini peranti anda ke iOS 17.1 dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

ARTIKEL BERKAITAN