Close

X perkenalkan dua pelan berbayar baharu Premium+ dan Basic – Harga bermula dari RM13.13

X (dulu dikenali sebagai Twitter) memperkenalkan dua pelan berbayar baharu untuk pengguna mereka iaitu Premium+ dan Basic. Sebelum ini, X hanya mempunyai satu pelan berbayar sahaja iaitu Premium.

Untuk pelan berbayar Premium+, ia ditawarkan pada harga RM70 sebulan dan RM738 untuk setahun. Antara fungsi menarik yang ditawarkan pada pelan ini adalah seperti tiada sebarang iklan, edit post, undo post, long post, muat naik video yang lebih besar dan banyak lagi.

introducing Premium+

– no ads in For You or Following
– largest boost for your replies (vs other Premium tiers or unverified users)
– access to our full suite of creator tools

now available on Web ✌️

subscribe here → https://t.co/Ywvyijo9CQ

— Premium (@premium) October 27, 2023

Manakala untuk pelan Basic, ia ditawarkan pada harga RM13.13 sebulan dan RM140.57 untuk setahun. Pelan langganan ini masih memaparkan iklan, tiada tanda verified dan tidak akan menerima bayaran untuk iklan.

Pelan ini telahpun tersedia untuk semua pengguna dan boleh dilanggan melalui Web Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN