Tune Talk mengumumkan pelan prabayar baharu iaitu Pek Epik. Pelan baharu ini tampil dengan penawaran yang lebih mampu milik, lebih data dan menyokong rangkaian 5G.
Pek Epik ini hadir dengan empat pilihan iaitu EpikCall 20 ditawarkan pada harga RM20 sebulan dengan data10GB dan panggilan tanpa had. Kedua Epik 35, ditawarkan pada harga RM35 dengan data 30GB (4G), panggilan tanpa had, data tanpa had untuk media sosial dan 5GB tambahan untuk hotspot.
Seterusnya adalah Epik5G 45, ditawarkan pada harga RM45 sebulan dengan data 70GB (5G), 30GB (4G) dan panggilan tanpa had. Terakhir adalah Epik 50, ditawarkan pada harga RM50 dengan 500GB (4GB) pada 6Mbps, panggilan tanpa had dan 5GB tambahan untuk Hotspot. Untuk pelan Epik 50, ia ditawarkan untuk promosi terhad sahaja dan sah sehingga 31 Disember 2023.
Pelan baharu ini tersedia kepada semua pelanggan baharu yang mendaftar pada 27 Oktober 2023 atau kepadaa pelanggan sedia ada yang bertukar kepada Pek Epik selepas 27 Oktober 2023.
Seperti pelan lain, Pek Epik ini turut mempunyai FUP yang mengikut kepada pelan langganan. Sekiranya, penggunaan melebihi dari had yang ditetapkan (FUP), had kelajuan akan diturunkan kepada 256kbps.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelan prabayar ini, layari laman web rasmi Tune Talk.