Close

Siri Samsung Galaxy S24 disahkan hadir dengan dua pilihan cip

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang siri Samsung Galaxy S24 mungkin hadir dengan dua pilihan cip iaitu Snapdragon dan Exynos. 

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm iaitu Cristiano Amon menyatakan yang majoriti siri Galaxy S24 akan menggunakan cip Snapdragon. Membawak maksud, terdapat sebahagian iaitu minoriti akan menggunakan cip lain iaitu Exynos. Berbeza, dengan pengumuman siri Galaxy S23 sebelum ini, yang menyatakan semua model menggunakan cip Snapdragon.

Walaupun perkara tersebut tidak dikongsi dengan lebih lanjut. Namun, ia mengesahkan laporan sebelum ini yang mendedahkan siri Galaxy S24 akan hadir dengan dua pilihan cip. Secara asasnya, ia bukanlah perkara baru buat Samsung untuk menawarkan dua pilihan pada peranti andalan mereka.

Apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana Samsung akan membahagikan penawaran cip untuk setiap pasaran. Berbeza dengan Galaxy S24 Ultra, ia dikatakan hanya akan tersedia dalam satu pilihan cip sahaja iaitu Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy dan akan tersedia untuk semua pasaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN