Elon Musk secara rasmi telah memperkenalkan kecerdasan buatan yang dipanggil sebagai Grok. Merupakan pencabar kepada kecerdasan buatan ChatGPT dari Open AI dan Bard dari Google.
Announcing Grok!
Grok is an AI modeled after the Hitchhiker’s Guide to the Galaxy, so intended to answer almost anything and, far harder, even suggest what questions to ask!
Grok is designed to answer questions with a bit of wit and has a rebellious streak, so please don’t use…
— xAI (@xai) November 5, 2023
Grok dibangunkan oleh xAI dan dikendalikan oleh beberapa bekas penyelidik dari OpenAI, Google DeepMind, Tesla dan Universiti Toronto. Menarik mengenai Grok adalah, ia mempunyai keupayaan untuk mengakses maklumat secara masa-nyata dengan intergrasi melalui platform X.
Berbeza dengan kecerdasan buatan lain, Grok direka dengan mempunyai humor dalam setiap tindak balas atau jawapan yang diberikan. Kecerdasan buatan ini masih berada di peringkat awal dan dijangka akan terus berkembang dari masa ke semasa.
Kecerdasan buatan ini dijangka hanya akan tersedia kepada semua pengguna yang melanggan X Premium Plus. Buat masa ini, Grok telah boleh diakses oleh beberapa pengguna terpilih di Amerika Syarikat.