POCO secara rasminya melancarkan peranti kelas permulaan baru untuk pasaran tempatan melalui model POCO C65. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga rekaan yang lebih baik.
POCO C65 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.74-inci menyokong paparan 90Hz dengan kecerahan puncak 600 nits. Dijana dengan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP makro dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 18W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, WiFi 5, Bluetooth 5.3 dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.
Di Malaysia, POCO C65 dijual pada harga bermula RM499 untuk 6GB + 128GB dan RM599 untuk 8GB + 256GB. Bersempena dengan pelancarannya, peranti ini ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM429 6GB + 128GB dan RM549 untuk 8GB + 256GB.