WhatsApps dijangka akan membawakan satu lagi fungsi keselamatan baharu iaitu pengesahan melalui e-mel. Fungsi ini merupakan keselamatan tambahan yang memerlukan pengguna melakukan pengesahan melalui e-mel untuk log masuk.
Pengenalan fungsi ini adalah untuk meningkatkan lagi fungsi keselamatan sedia ada dan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk pengguna.
Fungsi ini dikatakan tidak diaktifkan secara automatik. Sebaliknya, ia perlu diaktifkan oleh pengguna sekiranya mahu melakukan log masuk melalui e-mel pada akaun WhatsApp sedia ada.
Namun begitu, fungsi keselamatan melalui SMS masih lagi perlu dilakukan dan pengesahan pendaftaran untuk pertama kali masih lagi memerlukan nombor telefon.
Buat masa ini, fungsi pengesahan melalui e-mel ini masih lagi dalam fasa percubaan dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.