Close

Apple Pencil (USB-C) dah boleh dibeli di Malaysia pada harga RM399

Selepas hampir sebulan dilancarkan, Apple Pencil (USB-C) kini tersedia untuk dibeli di Malaysia. Apple Pencil baharu ini Tampil dengan sokongan pengecasan melalui USB-C dan di ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.

Menarik mengenai Apple Pencil ini ialah, kedudukan sambungan USB-C disembunyikan di bawah sliding cap yang boleh digunakan untuk mengecas atau menyambungkan iPad melalui kabel USB-C. Turut menyokong fungsi magnetik untuk penyimpanan yang akan bertukar mod kepada sleep untuk penjimatan bateri.

Dengan harga jualan yang lebih murah, Apple Pencil (USB-C) ini tidak menyokong fungsi double-tap, pressure sensitivity dan sambungan atau pengecasan tanpa wayar.

Dari segi sokongan, Apple Pencil (USB-C) ini menyokong mana-mana model dengan sambugan USB-C seperti iPad Pro, iPad Mini dan iPad Air. Bagi yang berminat, Apple Pencil (USB-C) ini ditawarkan pada harga RM399.

ARTIKEL BERKAITAN