MediaTek berkongsi tarikh pengenalan cip baharu mereka iaitu Dimensity 8300 yang dijadualkan berlangsung pada 21 November di China. Cip baharu ini dikatakan akan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.
Namun begitu, MediaTek tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai cip tersebut. Menurut laporan, cip ini akan dibina menggunakan teknologi pemprosesan N4P4nm dari TSMC.
Cip ini akan turut menggunakan seni bina ARMv9 yang digunakan pada Dimensity 9300 namun dibezakan dengan teras dan kelajuan yang sedikit perlahan. Menggunakan konfigurasi 1+3+4 dengan 1x teras utama Cortex-X3 pada 2.8Ghz, 3x teras prestasi Cortex-A715 pada 2.4GHz dan 4x teras kecekapan Cortex-A510 pada 1.6GHz.
Cip ini akan dipadankan dengan GPU Mali G52 MC6 dengan kelajuan 850MHz. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan kedudukan kelas untuk cip ini pertengahan atau sebaliknya.