Smart #1 secara rasmi melancarkan kereta elektrik untuk pasaran tempatan melalui pengedar rasmi Proton New Energy Technology (Pro-Net). Ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu smart #1 Pro, Premium dan juga Brabus.

Untuk varian smart #1 Pro ia hadir dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa 268 hp dan 343 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.7 saat. Dimuatkan dengan bateri lithium logam fosfat (LFP) 49 kWh yang mampu bergerak sejauh 316 KM (WLTP). Varian ini ditawarkan pada harga bermula RM189K tidak termasuk insurans.

Seterusnya adalah smart #1 Premium, ia turut dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa 268 hp dan 343 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.7 saat. Dimuatkan dengan bateri lithium nikel mangan kobalt oksida (NMC) 66 kWh yang mampu bergerak sejauh 440 KM (WLTP). Dijual pada harga bermula RM219K tidak termasuk insurans.

Akhir sekali adalah model paling premium iaitu smart #1 Brabus. Hadir dengan motor elektrik berkembar dengan pacuan semua roda yang mampu menghasilkan 442 hp dan 543 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.9 saat. smart #1 Brabus ini mampu bergerak sejauh 400 km (WLTP). Untuk varian paling premium dijual pada harga RM 249K tidak termasuk insurans.

Setiap pembelian akan menerima jaminan bateri selama 8 tahun atau 200,000 km dan komponen voltan tinggi selama 8 tahun atau 150,000 km. Turut tersedia jaminan kenderaan selama 4 tahun tanpa had perjalanan dan 2 tahun jaminan alat ganti juga tanpa had perjalanan. Selain itu, beberapa pakej menarik turut diberikan seperti data internet percuma selama 5 tahun berjumlah 60GB, pengecas smartCharge dan tawaran insurans smartPlus serta pakej aksesori yang bernilai RM 2000.
Bagi yang berminat, boleh layari laman web rasmi smart #1 atau muat turun aplikasi Hello smart App di Play Store, App Store atau Huawei App Gallery.