Close

WhatsApp kini menyokong log masuk guna e-mel – Ini caranya…

WhatsApp kini menambah satu lagi fungsi pengesahan pada aplikasi mereka iaitu melalui e-mel. Fungsi ini memerlukan pengguna melakukan pengesahan melalui e-mel untuk log masuk.

Penambahan fungsi ini adalah untuk meningkatkan lagi ciri keselamatan sedia ada dan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Pengenalan fungsi ini menjadikan WhatsApp kini mempunyai lebih banyak pilihan pengesahan iaitu melalui panggilan, sms dan terbaru e-mel.

Fungsi ini dilihat sebagai alternatif terbaik sekiranya pengguna mempunyai sambungan Wi-Fi yang lebih baik berbanding rangkaian selular.

Fungsi pengesahan melalui e-mel tidak diaktifkan secara automatik. Sebaliknya, ia perlu diaktifkan oleh pengguna sekiranya mahu melakukan log masuk melalui e-mel pada akaun WhatsApp sedia ada. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke bahagian Setting > Accounts dan pilih Email address. Masukkan e-mel dan ikut arahan pada skrin hingga proses selesai.

Namun begitu, fungsi keselamatan melalui SMS masih lagi perlu dilakukan dan pengesahan pendaftaran untuk pertama kali masih lagi memerlukan nombor telefon.

Fungsi pengesahan melalui e-mel telahpun dilepaskan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna global tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN