realme secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka iaitu realme GT5 Pro di China. Tampil dengan sejumlah spesifikasi yang berkuasa, rekaan yang menarik dan kemampuan kamera yang lebih baik.
realme GT5 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1260×2780. Turut menyokong paparan 144Hz, touch sampling rate 2160Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP LYT-808 + 50MP IMX890 periskop + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 32MP. Bateri 5400mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan tanpa wayar 50W.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP64, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, sistem penyejukan vapor chamber dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.
Di China, realme GT5 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY3298 (RM2156) untuk model asas 12GB + 256GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Red Rock, Bright Moon dan Starry Night.