Era Jim Ryan bersama Sony akhirnya menuju ke penghujung selepas beliau bersedia untuk meninggalkan syarikat itu. Berikutan dari itu, Sony telah memberikan hadiah penghargaan yang menarik dan unik bersempena dengan hari persaraan beliau yang bakal tiba.
Hadiah tersebut adalah sebuah PS5 yang telah direka semula dengan tema PS1. Pelbagai elemen PS1 telah dimuatkan antaranya skema warna kelabu dua tona klasik diletakkan pada konsol dan DualSense. Menjadikan konsol ini lebih nostalgia, DualSense turut diubah menggunakan tema DualShock dengan kemasan yang sama dan disambungkan dengan kabel PSX yang diubah suai.
Ini bukanlah kali pertama Sony melakukan kejutan seperti ini. Pada sambutan ulang tahun ke-20 2014, Sony telah mengeluarkan PS4 edisi terhad yang turut menggunakan tema warna PS1. PS4 edisi terhad ini turut ditawarkan kepada pengguna.
Kita mungkin boleh menjangkan yang PS5 dengan tema PS1 ini mungkin akan ditawarkan kepada pengguna memandangkan Sony bakal menyambut ulang tahun ke-30 pada 2024.
Buat yang tidak mengetahui, Jim Ryan merupakan CEO kepada Sony Interactive Entertainment dan telah berkhidmat selama 30 tahun. Jim Ryan akan bersara secara rasmi pada Mac 2024.