Close

Apple mungkin perkenal iPhone dengan kamera bawah skrin pada 2026

Rekaan Dynamic Island yang digunakan pada siri iPhone 14 dan 15 dijangka tidak lagi akan digunakan oleh Apple menjelang 2026.

Menurut The Elec, iPhone pertama dengan sistem kamera bawah skrin (UDC) dijangka akan dilancarkan pada 2026. Teknologi sistem kamera bawah skrin yang digunakan oleh Apple dikatakan telahpun mula dibangunkan oleh LG Innotek. Teknologi tersebut akan menggunakan kanta khas yang dipanggil sebagai Freeform Optic yang akan menyelesaikan masalah pengcahayaan.

Apple juga dikatakan telahpun menerima sampel awal dari pembekal namun hasilnya tidak mencapai standard yang diletakkan oleh Apple. Antara masalah utama sistem kamera bawah skrin adalah imej yang dihasilkan tidak terperinci dan masalah silau yang agak ketara.

Teknologi sistem kamera bawah skrin telahpun digunakan oleh beberapa pengeluar seperti ZTE dan Samsung.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN