Close

WhatsApp status akan menyokong imej dan video pada resolusi HD

Fungsi yang mungkin ditunggu oleh kebanyakkan pengguna akan tersedia pada WhatsApp tidak lama lagi. Fungsi yang dimaksudkan adalah Status HD, membolehkan pengguna muat naik status imej dan video pada resolusi HD.

Fungsi status HD telahpun dikesan pada WhatsApp Beta untuk Android dengan nombor binaan 2.23.26.3. Melalui tangkap layar yang diperlihatkan, fungsi ini tidak akan diaktif secara automatik. Sebaliknya pengguna perlu memilih resolusi HD sewaktu muat naik status.

Pada ketika ini, WhatsApp status tidak menyokong imej dan video pada resolusi HD sekaligus menjadikan perkongsian tidak berkualiti kerana terhad kepada resolusi standard. Dengan adanya fungsi ini, ia bakal menyelesaikan masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi berada dalam fasa ujian. Versi stabil dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN