Laman web rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dilaporkan telah digodam oleh kumpulan yang dinamakan sebagai Rupert_Group.
Menurut maklumat, kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada 2 Disember 2023 apabila terdapat akaun Office365 kakitangan telah dikunci. Berikutan dari serangan tersebut, PERKESO telah mengeluarkan notis gangguan pada 3 Disember 2023.
5 Disember, Rupert_Group telah berkongsi maklumat mengenai kejadian tersebut dalam masa yang sama turut mendedahkan data kakitangan seperti nama, nombor telefon dan emel sebagai bukti. Selain data, penggodam turut berkongsi rakaman video telesidang perbincangan yang dilakukan oleh PERKESO mengenai serangan tersebut.
Berdasarkan dari perkongsian, antara data pengguna yang terjejas adalah seperti nama, jantina, emel, alamat, nombor kad pengenalan dan juga transaksi perbankan.