realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti andalan mereka iaitu realme GT3 yang akan berlangsung pada 20 Disember ini. realme GT3 telahpun dilancarkan lebih awal untuk pasaran global pada Mac lalu.

Namun begitu, realme Malaysia buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai penawaran, spesifikasi dan juga harga jualan.
Jika mengikut kepada spesifikasi global, realme GT3 akan dilengkapi dengan skrin OLED 6.74-inci resolusi 2772×1240 yang turut menyokong paparan 144Hz dan 2160Hz PWM dimming. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1.
Untuk teknologi pengecasan, realme GT3 hadir dengan pengecasan pantas 240W yang mampu mengecas bateri 4600mAh dari 0% hingga 100% hanya dalam masa kurang dari 10 minit. Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.