Apple secara rasmi melepaskan kemas kini baharu iaitu iOS 17.2 untuk pengguna iPhone. Kemas kini baharu ini tampil dengan sejumlah penambaikan, penyelesaian masalah pepijat dan pelbagai fungsi baharu.
Berikut adalah senarai kemas kini untuk iOS 17.2 :
Sokongan pengecasan Qi2
iPhone 13 dan iPhone 14 kini menyokong standard baru piawaian untuk pengecasan tanpa wayar iaitu Qi2. Standard baru ini menyokong pengecasan tanpa wayar yang lebih tinggi iaitu pada 15W. Standard pengecasan tanpa wayar Qi2 ini telahpun tersedia untuk pengguna iPhone 15.
Aplikasi Journal
Aplikasi Journal akhirnya tersedia untuk semua pengguna. Merupakan aplikasi baharu yang diumumkan bersama dengan iOS 17. Aplikasi ini boleh dianggap sebagai diari dan hanya boleh diakses oleh pengguna yang telah ditetapkan. Aplikasi ini boleh digunakan untuk merekod pelbagai maklumat atau aktivit harian.
Rakaman video spatial
Pengguna iPhone 15 dan 15 Pro Max kini boleh merakam video spatial. Fungsi ini hanya boleh dirakam menggunakan kamera utama dan ultra lebar dengan resolusi 1080p 30fps. Video spatial hanya boleh dimainkan melalui Apple Vision Pro.
Untuk merakam video spatial, pergi ke Settings > Camera > Formats dan aktifkan Spatial Video for Apple Vision Pro.
Weather widget
Pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk weather widget seperti daily forecast dan widget details. Untuk daily forecast ia menyediakan ramalan harian sementra widget details pula memberikan informasi seperti indeks UV, kualiti udara, kelajuan angin dan lain-lain.
Pintasan baru pada Action button
Action button kini menyokong satu lagi pintasan iaitu Tranlsate. Sekaligus, memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menetapkan pintasan pada Action button.
Default Notification Sound
Pengguna kini boleh memilih dan menetepkan bunyi notifikasi yang sama untuk semua notifikasi. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan tahap getaran untuk notifikasi. Tetapan ini tersedia dibawah Sounds & Haptics.
Terdapat juga beberapa fungsi lain seperti Autofil for PDF, Recording to an External Device, AppleCare Settings, Digital Clock Widget dan banyak lagi. Kemas kini turut menyelesaikan masalah pepijat berkenaan dengan pengecasan tanpa wayar.
Bagi pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 17.2, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. Selain itu, pastikan sambungan Wi-Fi dalam keadaan baik dan juga peranti tidak menggunakan sebarang perkakasan dari pihak ketiga bagi mengelakkan sebarang masalah selepas kemas kini. Untuk mengemaskini ke iOS 17.2, pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.