Close

PERKESO sahkan laman web digodam – Kesahihan data yang dicuri diragui

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan serangan siber yang dilaporkan sebelum ini.

Melalui kenyataan rasmi tersebut, PERKESO mengesahkan yang laman web rasmi mereka telah digodam pada Sabtu lalu iaitu 2 Disember 2023. Sejurus menyedari serangan tersebut, PERKESO telahpun mengaktifkan pelan pengurusan krisis bagi tujuan pemulihan sistem pada hari yang sama.

Serangan siber tersebut dikatakan berjaya ditangani dan ICT PERKESO telah mendapatkan semula kawalan sistem. Dalam masa yang sama, PERKESO menyatakan yang serangan tersebut tidak akan merencatkan perkhidmatan mereka.

PERKESO juga telah meneliti data pengguna yang dicuri dan menyatakan kesahihan data tersebut diragui, tidak lengkap dan luput. Berikutan, terdapat satu kluster data yang dicuri tidak pernah dicerap oleh PERKESO sejak ia ditubuhkan.

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama PERKESO diserang kali terakhir berlaku adalah pada September lalu namun ia berjaya dibendung. Bagi mengelakkan perkara sama berulang, segala hasil forensik akan dikongsi kepada pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN