Close

Kementerian Komunikasi dan Digital pecah dua – Fahmi Fadzil kekal Menteri Komunikasi dan Gobind Singh Deo sebagai Menteri Digital

Kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan dalam barisan menteri dan timbalan menteri. Rombakan ini menyaksikan terdapat beberapa pecahan dalam kementerian dan bilangan timbalan menteri kini bertambah.

Berikutan dari rombakan tersebut, Kementerian Komunikasi dan Digital kini dipecahkan kepada dua iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital. Untuk Kementerian Komunikasi, ia kekal diterajui oleh Fahmi Fadzil bersama timbalannya iaitu Teo Nie Ching.

Manakala untuk Kementerian Digital, ia akan diterajui oleh Gobind Singh Deo bersama timbalannya iaitu Datuk Ugak Anak Kumbong. Sebagai rekod, Gobind Singh Deo pernah menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 2018.

Namun begitu, halatuju penuh kedua-dua kementerian buat masa ini belum lagi dikongsi. Dengan lantikan baharu ini kita mungkin boleh menjangkakan yang perlaksanaan akan menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN