HONOR secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat reka bentuk mewah iaitu Porsche Design. Kerjasama ini dijangka akan menghasilkan produk inovatif yang menggabungkan reka bentuk mewah bersama dengan prestasi luar biasa.
Produk pertama melalui kerjasama ini dijangka akan diperkenalkan pada Januari 2024 di China. Produk pertama tersebut berkemungkinan adalah HONOR Magic6 Porsche Design. Reka bentuk peranti ini akan menggunakan kepakaran Porsche Design manakala spesifikasi dalaman akan menggunakan kepakaran HONOR.
Kerjasama ini dijangka akan membuka peluang baru dan meningkatkan lagi pertumbuhan pasaran buat kedua-dua pengeluar yang sememangnya mempunyai reputasi baik dalam bidang mereka sendiri.
Siri HONOR Magic6 telahpun disahkan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Selain itu, ia akan turut dikuasakan dengan kemampuan kecerdasan buatan AI generatif melalui pembantu maya baharu yang dikenali sebagai YOYO.