Laman rasmi Apple Malaysia kini dilihat menawarkan bekas pengecas AirPods Pro dengan sambungan USB-C. Sekaligus, membolehkan pengguna AirPods Pro (generasi ke-2) dengan sambungan Lightning bertukar kepada bekas pengecas USB-C.

Penawaran ini dilihat sedikit menjimatkan berbanding perlu membeli set lengkap AirPods Pro USB-C yang ditawarkan pada harga RM1099. Bekas pengecas ini turut hadir dengan penarafan IP54 yang lebih baik berbanding penarafan IPX4 pada bekas pengecas jenis Lightning. Selain itu, setiap pembelian bekas pengecas AirPods Pro USB-C akan disertakan dengan kabel pengecas USB-C di dalam kotak.
Di Malaysia, bekas pengecas AirPods USB-C ditawarkan pada harga RM449. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli melalui laman rasmi Apple Malaysia dengan penghantaran sekitar 2 hingga 3 minggu.