Close

Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14 kini tersedia untuk pengguna Phone (2)

Berita gembira buat pengguna Phone (2) di Malaysia. Anda kini boleh mengemas kini kepada sistem operasi terbaru iaitu Nothing OS 2.5 yang berasaskan Android 14 versi stabil.

Nothing OS 2.5 hadir dengan pelbagai peningkatan bersama dengan fungsi menarik. Antara perubahan ketara yang dibawakan adalah seperti sokongan LED Glyph yang lebih baik, widget baharu, antara muka yang lebih menarik dan juga kemampuan lock screen yang lebih pelbagai.

Selain itu, fungsi Glyph progress kini menyokong kalendar Google dan Glyph timer boleh digunakan pada lock screen. Kemampuan kamera juga menerima kemas kini yang menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Kemas kini ini telahpun dilepaskan secara global untuk semua pengguna Phone (2). Untuk mengemas kini, pergi ke bahagian tetapan dan pilih sistem.

ARTIKEL BERKAITAN