Close

AP.BREN juara MLBB M5 2023 – Pasukan pertama menang M Series dua kali

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M5 2023 telah menutup tirainya semalam dengan AP.BREN dinobatkan sebagai juara selepas menawaskan ONIC Esport di peringkat akhir dengan skor 4-3.

Gambar : Mobile Legend Esport

Perlawanan akhir tersebut menyaksikan AP.BREN pasukan dari Filipina yang juga tuan rumah untuk M5 terpaksa melalui jalan sukar sebelum berjaya menewaskan ONIC Esport dari Indonesia.

Gambar : MPL Malaysia

Kemenangan tersebut menjadikan AP.BREN sebagai pasukan pertama di dunia yang memenangi M Series sebanyak dua kali iaitu pada kejohanan MLBB M2 dan M5.

Gambar : MPL Malaysia

Untuk kejohanan dunia MLBB M6 tahun hadapan, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah. Ini adalah kali kedua Malaysia dipilih menjadi tuan rumah. Sebelum ini, pada kejohanan dunia MLBB M1 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN