Close

Semua iPhone 16 akan guna cip A18 – Cip sama dengan nama berbeza?

Apple mungkin tidak lagi menggunakan cip yang berbeza pada iPhone yang seterusnya selepas kod awal sistem operasi iOS 18 mendedahkan yang semua iPhone 16 akan menggunakan cip A18.

Kod awal iOS 18 yang menggunakan kod nama “Crystal” telah mendedahkan maklumat mengenai 4 model iPhone 16 yang dirujuk melalui kod model D47 (iPhone 16‌), D48 (iPhone 16 Plus), D93 (iPhone 16 Pro) dan D94 ‌(iPhone 16 Pro‌ Max).

Kod awal tersebut memperlihatkan yang semua model iPhone 16 akan menggunakan sistem cip baharu – t8140 – Tahiti yang mana kod tersebut adalah nama dalaman yang digunakan oleh Apple untuk cip A18. Selain itu, nama dalaman iPhone 16 dan 16 Plus iaitu (D4y) dan iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max (D9x) juga dikesan dalam kod perisian cip A18.

Namun begitu, Apple mungkin akan menggunakan nama yang berbeza iaitu cip A18 untuk model biasa dan cip A18 Pro untuk model Pro. Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai iOS 18 atau cip A18 memandangkan ia masih di peringkat awal pembangunan.

Sebelum ini, Apple dilihat cenderung untuk menggunakan cip yang lebih lama pada model biasa dan cip lebih baharu pada model Pro. Perkara tersebut dapat dilihat pada siri iPhone 14 dan iPhone 15.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN