Bermula dari 1 Januari hingga 31 Januari 2024, Astro akan menawarkan 6 saluran terpilih untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan mereka.
6 saluran percuma tersebut adalah HBO Hits (415), HBO Family (414), Showcase (143), K-Plus (396) dan Moonbug (618). Tontonan percuma ini turut merangkumi saluran baharu Astro iaitu HITS NOW (712) yang boleh ditonton bermula 10 Januari hingga 31 Mac 2024.
Selain itu, Astro turut memperkenalkan kempen baharu iaitu “Masa Bersama Merapatkan Kita”. Kempen ini diperkenalkan untuk mengalakkan pelanggan menghabiskan masa bermakna bersama keluarga tercinta. Melalui kempen ini Astro menawarkan diskaun sebanyak 30% dengan harga Pek Astro bermula dari RM41.99.