Close

Spesifikasi OnePlus 12R tertiris – Guna cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5500mAh dan pengecasan 100W

Seperti kebiasaan, OnePlus akan turut melancarkan siri OnePlus R seiring dengan pelancaran peranti utama. Siri OnePlus R yang seterusnya akan dilancarkan adalah OnePlus 12R.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan spesifikasi OnePlus 12R. Berdasarkan maklumat tersebut, peranti ini akan hadir dengan skrin OLED ProXDR bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP IMX890 + 8MP ultra lebar + 2MP. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W. Kamera OnePlus 12R tidak akan dilengkapi dengan penjenamaan Hasselblad seperti mana model sebelumnya.

OnePlus 12R mungkin akan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Iron gray dan Cool blue. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada 4 Januari di China dan 23 Januari secara global. Tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan dan penawaran peranti ini di Malaysia buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN